Pages

 
 
Tuesday, 21 June 2011

Koleksi Rokok Facebook

perhatikan belakang kotak..sign up and die..




sumber : akumizi.com

Tumbuhan Pelik Tapi Benar

sekali pandang macam rose, 2 kali pandang..lain jadinya..

menurut sumber, pokok ini berada di Thailand,,Wallahualam

ini cuma buah,,censor tidak diperlukan..

Seperti manusia digantung

ubi menyerupai bentuk manusia

macam model pokok ni..tinggi lampai


erm..macam....??

p/s : KUASA ALLAH

kontroversi Nora Elena



Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
 Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya
_____________________________________________________

Tahukah Anda Fakta ini?




1- Lidah adalah otot yang terkuat dalam badan kita.
2- Jantung akan berhenti selama 1mili-saat ketika kita bersin.
3- Patah tulang rusuk, pembuluh darah di kepala dan leher terputus, dan kematian boleh terjadi jika anda bersin dengan terlalu kuat.
4- Darah dapat dipam sejauh 30 kaki oleh jantung manusia.
5- Headphone yang dipakai selama satu jam dapat menstimulasikan perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.
6- Selain jari, lidah juga mempunyai ruas yang berlainan.
7- Seseorang wanita yang ingin memperbesarkan ukuran bahagian dada haruslah menyanyi dengan suara lantang- Hippocrates.
8- Wanita kurang tersedu berbanding lelaki.
9- Jika rokok direndam dalam air dan dibiarkan selama beberapa minit, ia akan membunuh seseorang itu dengan serta merta jika air rendaman rokok itu diletakkan dalam pembuluh darah seseorang.
10- Bulu hidung akan memanjang sehingga 2 meter jika dibiarkan sehingga anda tua.
11- Wanita berkelip 2 kali ganda lebih daripada lelaki.
12- 25000 gelen air liur dikeluarkan oleh tubuh manusia sepanjang hayatnya.
13- Kebanyakan orang akan ketawa sebanyak 13kali sehari.
14- Cuba anda ukur panjang kaki anda pada pagi dan pada sebelah petang. Kaki anda akan panjang sehingga 5-10% pada sebelah petang.
15- Sisa dari sel kulit mati anda membentuk 90% debu dalam rumah anda.
16- Tulang rusuk lelaki bagi manusia kurang 1 daripada wanita diketahui pada tahun 1543 semasa pembedahan autopsi yang pertama kali dilakukan.
17- Jumlah air mani lelaki tidak lebih daripada 2 sudu teh ketika ejakulasi berlaku.
18- Masa yang diperlukan oleh manusia untuk melelapkan mata ketika mula tidur adalah 7 minit secara purata.
19- Mulut paling kotor (bakteria) adalah mulut kucing dan tempat kedua adalah mulut manusia.
20- Setiap manusia pasti tidak akan dapat menyentuh hidung dengan sikunya sendiri kecuali yang mempunyai kelebihan istimewa.


21. setiap orang yang membaca entry ini telah cuba untuk menyentuh hidung dengan siku. Betul tak? baik ngaku !!

10 Password yang Popular





10 Kata Kunci yang paling banyak digunakan adalah : 

1. Tarikh lahir
2. Tarikh pernikahan
3. Nama depan (warga Amerika)
4. 123456789
5. 111111
6. ILoveYou

7. Nama123
8. password
9. Nombor telefon rumah/hp
10. Gabungan nama dengan orang yang istimewa

p/s: Agak-agaknya anda guna yang mana? ok saya mengaku pernah gunakan no.4 dan no. 7..!!

Toilet Sign Pelik Tapi Benar

Khas untuk mereka yg dah x mampu nak tahan..!!

 sangat mendalam sign ni!!

macam 2 rupanya memasing bila kat dalam.. 


 Jepun ada tandas khas tok alien

Maskulin & Feminin



comel


haha..no komen!!

Papan Tanda Pelik Tapi Benar

signboard untuk "SIAPAKAH"

Signboard melayu..( versi nasihat dalam pepatah )


signboard Melayu ( versi perli dalam pantun )

signboard jenis atucara majlis

siggnboard perli ( kasar habis )

signboard mengugut


signboard Ikut Suka 1

signboard ikut suka 2


signboard nasihat untuk siapakah?

signboard tak lulus bahasa Melayu


Karikatur Hina Islam


Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider. -TMI

Updates Via E-Mail

Labels

berita (1) cool stuff (1) info (9) islam (1) lawak (10) merepek (1) pelik (9) suka2 (5) unik (5) video (1)